Orang yang jahat lebih ramai berbanding dengan ORANG YANG BAIK

Ertinya: Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik". (H.R. Thabrani) Keterangan Di antara tanda-tanda qiamat ialah: Bila anak-anak merupakan punca kemarahan orang tuanya. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak. Orang yang berbuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya. Anak-anak sudah berani melawan orang tuanya. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka. Nampaknya corak masyarakat kita pada hari ini tidak banyak bezanya dari apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw. Setiap hari kita melihat kebenaran daripada apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. mengikut perhatian saya...ramai msyarakat islam skrang telah melakukan tanda-tanda qiamat yang telah disebutkn di atas...kita fokus kepada orang2 yang jahat berani melawan oran-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka...dalam masyarakat kita sendri byak terjadi..cuba kita perhatikan di tempt2 orang awam..byak perkara ini berlaku..org yg jahat sering menindas orang yg baik dan lemah..seperti gangster2 seperti kumpulan2 sosial seperti punk,skinhead..byakan menggangu ketenteaman orang lain... oleh itu..kita hendaklah berasa takut..takut kerana kita dalam akhir zaman..byak2 tanda2 telah berlaku.. marilah kita tingktkn ibadah kita dan kuatkan iman kita ke arah bnda yang baik.. Kita berdoa, mudah-mudahan Allah swt. menyelamatkan kita dan anak cucu kita dari tergolong di kalangan mereka yang disebutkan tadi.

0 comments: